Hakikatnya, kesukaran dalam kenikmatan.. Subhanallah..
Satu kenikmatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata saat bergelar bakal mama, apatah lagi setelah MAMA mendengar tangisan si comel buat pertama kalinya...
Begitu juga mereka yang bergelar papa, tetap merasakan kepayahan sepanjang kehamilan mama. Mereka sedaya upaya melayan kerenah isteri tersayang, melihat kesakitan dan kepayahan yang ditanggung sepanjang proses kehamilan, juga menyaksikan proses kelahiran buah hati mereka.
Azan dan iqomah pun dilaungkan dengan rasa penuh kesyukuran...
alhamdulillah.. "Aku kini bergelar papa" "Aku kini bergelar mama".
Biar pun kegembiraan terpancar di wajah dengan jelas, jauh di sudut hati mama dan papa tetap merasakan bahawa lahirnya si comel ke dunia bermakna bertambahlah juga tanggungjawab mama dan papa terhadap Allah SWT. Tanggungjawab mama dan papa bukan sekadar membesarkan si comel malah 'mendidik' anak ini agar menjadi manusia rabbani yang tahu tujuan mereka diciptakan sekaligus melaksanakan 'perjanjian' yang termeteri di alam ruh.
Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah dan mengambil masa yang singkat. Ia memerlukan komitmen lebih 100% daripada mama dan papa. Komitmen yang sebenar adalah komitmen yang didasarkan kepada 'ilmu' dalam pendidikan anak2. Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak mereka menjadi anak yang soleh...
Fitrah manusia, sememangnya manusia itu fitrahnya ingin beragama, dilahirkan suci dan jauh di sudut hati ingin kekal suci di sisi Penciptanya.
Walaupun begitu, dek kerana kejahilan ibu bapa itu sendiri anak2 mungkin akan menjadi 'mangsa keadaan' dengan 'kemungkinan2' mewarisi kejahilan ibu dan bapa mereka...
Menyebut ibu bapa tauladan pastinya kita tidak terlepas dari melihat 'idola' teragung kita iaitu baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah tokoh penjaga yang terbaik yang seharusnya kita contohi.
Diantara perkara yang perlu ditekankan dalam pendidikan anak2 adalah :
1. Kualiti masa.
Ramai ibu bapa mengeluh bila membincangkan persoalan masa...
Kualiti masa yang dimaksudkan adalah bagaimana kita meluangkan masa bersama anak2 dengan pengisian dan perhatian yang berkualiti.
Sebagai contoh, makan bersama. Aktiviti makan bersama dapat melahirkan sikap toleransi, bekerjasama, bantu membantu, berkongsi, memuliakan yang lebih tua, mengasihi yang muda, mengutamakan orang lain, tidak berlebih-lebihan dan sebagainya.
Lihat sahaja bagaimana baginda sejak dari kecilnya dibesarkan oleh Abu Talib, bapa saudaranya. Baginda membesar dan tinggal bersama anak-anaknya yang ramai. Diantara anaknya adalah Saidina Hamzah dan Saidina Ali. Antara aktiviti yang dilakukan bagi mengisi masa berkualiti mereka adalah dengan makan bersama.
Baginda bersabda :
"Ajarilah anak2 dan keluarga kalian dgn kebaikan dan didiklah mereka".
(HR Abd Raziq dan Said b Manshur)
2. Tunjukkan kasih sayang.
Menunjukkan kasih sayang adalah antara perkara yang perlu dipraktikkan oleh seorang ibu atau bapa. Cara ini akan dapat mendekatkan diri mereka kepada anak-anak dengan cara yang sangat mereka senangi.
Sebagai contoh, bagaimana baginda SAW sebagai seorang datuk melayan cucu2nya. Cucu baginda yang masih kecil pernah memanjat badan baginda ketika baginda sedang solat. Apa yang baginda lakukan adalah membiarkan sahaja anak2 itu bermain kerana baginda tahu itu adalah merupakan tabiat dan fitrah anak2. Baginda sentiasa meraikan mereka sebagai seorang 'anak kecil' tanpa sedikit pun meleteri mereka. Pada masa yang sama baginda tidak juga meleteri ibu kepada anak2 tersebut; Fatimah.
3. Penghargaan.
Sebagai ibu dan bapa juga kita tidak seharusnya 'hanya' meminta anak2 memberi penghargaan dan penghormatan kepada kita. Sebaliknya kita juga seharusnya memberi peluang dan ruang agar mereka merasa diri mereka sentiasa dihargai dan dihormati oleh kita.
Sebagai contoh, bagaimana baginda menjaga Zaid b Harithah. Anak ini hanyalah anak angkat baginda. Baginda menjaga anak ini sebaiknya sebagaimana baginda menjaga anak baginda sendiri. Sehinggakan ramai beranggapan Zaid itu bukanlah ber'bin'kan Harithah sebaliknya ber'bin'kan Muhammad.
Selain itu baginda juga pernah satu ketika memberi penghargaan kepada seorang anak kecil bernama Ibn Abbas. Sahabat cilik ini telah diberi penghormatan oleh baginda untuk makan dan minum terlebih dahulu berbanding baginda. Sahabat ini sangat gembira dan benar2 rasa dirinya dihargai.
Baginda bersabda :
"Muliakanlah anak2mu, dan perelokkanlah budi pekerti mereka".
(HR Ibn Majah)
4. Komunikasi berkesan.
Komunikasi berkesan merupakan cara terbaik mendekati anak2. Ianya adalah satu ilmu yang perlu dipelajari oleh ibu dan bapa. Baginda pernah solat sambil mendokong anak kecil. Antara sebab baginda berbuat demikian adalah baginda tidak mahu anak kecil itu merasakan dirinya diketepikan dan disisihkan.
Budaya mendokong anak kecil ketika solat di kalangan masyarakat kita dilihat sebagai sesuatu yang pelik dan menyusahkan. Lihatlah bagaimana baginda, walaupun sedang 'menghadap Tuhan' baginda tidak pernah mengenepikan komunikasi dengan makhluk lain. Biarpun sedang solat, komunikasi bersama anak tetap dilakukan.
Disamping itu baginda adalah seorang insan yang paling murah dengan senyuman sehingga anak2 merasa sangat seronok didampingi oleh baginda.
Baginda bersabda :
Sesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam semua persoalan".
(HR Bukhari)
Begitulah sedikit tips dan peringatan buat ibu bapa yang mungkin alpa atau terlupa dalam 'mengambil hati' anak2 mereka. Hakikatnya.. masa kita bersama anak2 kita sangat singkat. Rebutlah masa berkualiti bersama mereka seawal usia mereka khasnya sebelum usia baligh mereka... kerana apabila mereka telah meningkat dewasa, kemungkinan mereka tidak lagi 'dekat' dengan kita kerana kesilapan dan kealpaan kita dlm mendidik mereka ketika usia kecil mereka..
"Ya Rabbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang2 yg tetap mendirikan solat. Ya Rabb kami, perkenanlah doaku. Ya Rabb kami, berikanlah keampunan kpdku dan kedua ibu bapaku serta seluruh org2 mukmin pd terjadinya hari hisab (kiamat)"
(Ibrahim : 40-41)
Peringatan khusus untuk diriku... MAMA dan PAPA












No comments:
Post a Comment