Monday, October 17, 2011

maniskan mulut..

nape la mulut ni asyik nak makan benda2 manis jek...
dah le riadhah pun kurang..
nak jugak..
tgk benda sedia ada kat dapur...apa la yg sesuai nak dimasak..

yaaaa!!! puding karamel..

terbayang wajah papa. sure dia pun seronok kalau mama buat.. mana tak nye..fevret dia.

nak buat pun sangatlah mudah.
bahan2nya pun kebetulan ada kat umah :
1 tin susu pekat.
1 cawan susu segar/ cair.
7 bijik telur.
satu sudu kecik esen vanila.
amik blender... n blend je semua.

sebelum tu cairkan 3 sudu besar gula dalam loyang sampai kekuning-kuningan, masak atas dapur je terus.
sambil2 tu boleh le sediakan air utk nak kukus puding ni nanti.

selesai blend semua bahan tadi, masukkan terus dalam loyang yg berisi gula td.
kukus le dalam 45 minit.

tunggu le sejuk sikit n boleh la ditelangkupkan kat bekas lawa.
pas tu masukkan la dlm peti sejuk jap.
sedap dimakan bila sejuk!

tadaaaaaaaaaaaa..........

baru je lepas tebalikkan. ingat nak tangkap gambar bila dah potong, x sempat!

ingatkan boleh makan ulang lagi esok..
rupanya..satu malam je habis!
alhamdulillah... segalanya degan izin Allah. Tq Allah..

ulat buku VS hantu buku

pagi 15 okt 2011 (sabtu)..
hari ni mmg la hari yg dinanti2kan.. pagi2 lagi dah siapkan baby 'aabid..
papa dah janji nak teman mama pegi SHOPPING!!
berdebar la pulak.. klakar pun ada. apa taknye nak kena bersedia fizikal n mental utk naik bas dengan anak2 mama yg 4 orang ni.. mana nak pegang stroller, nak pegang baby 'aabid mukhlas, nak pegang abang tolhah yg 'kurang' faham bahasa, nak pegang barang2 keperluan, nak pegang buku2 yg bakal dibeli lagi..

ala kulli hal, lebih kurang 10.30 pagi kami dah tiba d MAEPS serdang.. hehe... THE BIG BAD WOLF kembali lagi. sale buku omputih besar2n.. teruja betul mama. siap google kat internet dulu tau beberapa hari sebelum tu, saje nak tau pengalaman2 org yg dah sampai n shopping buku kat sini. semuanya kata best n nak dtg lagi n lagi.. siap ada yg pesan bawak beg n lain2 pesanan.


tgh q utk naik bas.. hari dlm sejarah abg tolhah sbb 1st time naik bas.

lama sangat dah mama tak shopping buku omputih..

actually nak kata mama ni ulat buku, rasanya mmg tak la..
hantu buku? mungkin ye... sebab mmg suka sgt kumpul buku biar pun koleksi buku sedia ada pun banyak yg belum dbaca lagi ni..huhu..

bila ada jualan mcm ni, dalam kepala dah plan mana nak tuju dulu.
semestinya la insyaAllah nak pegi bahagian2 ni :
1. craft
2. children
3. hobby/ aktiviti/ games
4. cooking... (cewah..cewah...kononnnn..)

yg utamanya mmg nak cari buku c r a f t  dan  g a m e s la..
nak carik idea utk wat 'modul' program anak2.
harap2 ada banyak la..

antara buku craft n aktiviti yg dibeli!! wpun buku bkenaan games tak dijumpai...still alhamdulillah..!

mmg kami anak-beranak rambang mata tgk buku2 kat sini... sedar x sedar lebih kurang 4 jam wei kat dlm dewan ni. anak2 ngan macam2 buku citer n colouring la. mama dpt jugak la buku2 impian yg dicari2 walaupun tak byk pilihan sgt.. yg pentingnya murah.
papa pun semangat jugak.. amik 2 buku cooking, hard cover tau!
 

Free gift - book mark lerrr...

buku2 yg sempat disambar! 37 buah buku HANYA rm248. sangat murah!
senarai buku2 mama :
1. masak - 5
2. motivasi - 2
3. craft n aktiviti - 8

selebihnya adalah buku anak2...
1. buku lat math - 1
2. kaler2 for gegel - 4
3. kalaer2  for boboi - 2
4. buku citer tolhah - 3
5. buku citer kakaks - 11
6. komik finding nemo - 1

anak2 mama bila sampai rumah tak lupa pada sepupu2 dorang.. alhamd..anak2 mama yg baik..
mahu berkongsi kegembiraan.

setelah 2 kakaks berbincang :
1 buku kaler (pooh) utk djah.
1 buku kaler (superman) utk ahmad.
1 buku citer (cars) utk syahid.
1 buku citer (dora) utk aisyah..

mudah2n shopping kali ni dinilai sbg ibadah n buku2 yg dibeli smuanya barokah..

cheese cake yang simple

rasa teringin sangat nak makan cheese cake buatan sendiri... nak yg mudah n ringkas tapi at d same time mesti la nak yg sangat sedap.. Allah izin secara tak sengaja terjumpa resepi ryo ...sangat simple n nampak menyelerakan..

apa lagi... hubby pun layan je mama carik bahan..
hasilnya...
mmg sedap bangat..
cuma kurang cantik aaa.. sebab mama terbeli cream cheese 1 buku je... tak cukup nak wat lapisan banyak2.. tak kesah la..

apa yg penting...sodaaaapppp weeeiii...yummy yummy..
anak2 pun kata "sedap sangat2 la mama..".
alhamdulillah..
tq brother ryo..
tq ALLAH..


ketika lapisan demi lapisan dibuat
 

kek dah siap..!! (lamanya nak tunggu 6 jam lagi...)
 

hasilnya... sebelum di 'ngap' masuk dalam mulut...


mama terlupa nak celup biskut dlm susu la.. terpaksa kluarkan balik biskut2 tu abg tolhah..



 
 

..taSbih KasiH..

kasih termeteri..

DaisypathAnniversary Years Ticker 1. Lilypie Kids birthday Ticker 2. Lilypie Kids Birthday tickers 3. Lilypie Third Birthday tickers 4. Lilypie Maternity tickers 5. Lilypie Maternity tickers


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com