Saturday, December 27, 2008

..tahun baru.. umur bertambah lagi..

Menanti Di Barzakh
Far East

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan roh ku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelum berangkat ke masyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
7 langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernada syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku

terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan (2x)
tetapi ia sebenar kejadian (2x)

kembali oh kembali kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang dimuka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi

jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan(2x)
dialam barzakh jasad dikebumikan(2x)

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

*****

Selamat Tahun Baru Islam 1430 hijrah..
Selamat Tahun Baru 2009 masihi..
moga peningkatan umur kita seiring dengan peningkatan iman dan taqwa..

*****

Tuesday, December 23, 2008

errr... sori nak tanya.. dah ngaji hari ni?


Wahyu Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Kalam al-Quran adalah kalam yang lembut menyentuh sanubari, keras meragut kesedaran dan mantap memberi panduan dan galakan semangat. Rasulullah mendapat bimbingan terus daripada Allah swt. Sepanjang perjalanan dakwah baginda, hanya satu sumber ketenangan yang sentiasa bertiup ke dalam hati baginda. Itulah bimbingan motivasi dari Pengutus Rasul-rasul ke muka bumi, Allah Azza wa Jalla.

Lupakah kita tadabburi surah yang seringkali kita lafazkan diwaktu solat fardhu? Seakan-akan kita lupa pada lembutnya sapaan Tuhan pada rasulNya ketika turunnya wahyu ini. 

Demi waktu Dhuha. dan demi malam apabila telah sunyi (gelap),Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu. Dan Sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu Berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu menghardiknya. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan. (ad-Dhuha)
Maha Tinggi Allah yang sentiasa memberikan ketenangan kepada baginda saw dalam kehidupannya. Akan tetapi bagi kita yang menyahut seruan dakwah dan menggelari diri sendiri dengan gelaran daie, apakah wahyu Allah ini menjadi sumber ketenangan kita. Adakah sumber lain yang menjadi mainan halwa telinga kita untuk menghiburkan jiwa rona dan melepaskan perasaan?
Alangkah ajaib, apabila mereka yang mengakui mengikuti dakwah Islamiah, mengutamakan hiburan duniawi lebih dari kalam Allah yang agung. Bukan sedikit hiburan dan irama nasyid yang berkumandang di corong komputer yang mengalunkan lagu yang tidak jelas mesejnya, hanya sahaja ia digelari nasyid. Ungkapan ini adalah nasyid seolah-olah alasan tangkap-muat untuk justifikasi hiburan yang tidak melihat pada mesejnya, tapi sejauh mana munshidin mengalunkan suara pada vocal-vokal tertentu, sehebat mana paduan harmoni latar dan sebagainya.
Bukanlah Islam itu datang untuk mengharamkan perkara yang halal, cumanya mereka yang inginkan ketinggian di mata Allah swt pasti menghadkan perkara-perkara harus yang boleh menjerumuskan kepada kelalaian. Tidak terfikirkan kita pada kata-kata;
“Sesiapa yang inginkan darjat tertinggi di syurga, dia hendaklah berada di darjat yang tinggi dalam kehidupan dunia”
(al-Muntalaq)
Lupakah kita pada al-Quran, kalam Allah yang sentiasa dijaga tahun demi tahun? Yang mana pencipta liriknya tidak pernah futur, susunan bahasanya indah mengkagumkan hatta mereka yang tidak memahaminya? Ingatkan kita pada hadith dari al-Mustafa tentang kalamullah ini;
“Bacalah Quran dan menangislah. Jika kalian tidak boleh menangis, maka usahakanlah untuk menangis” (dr Saad ibn Waqqash , hadith dalam al-Lulu wal Marjan).
Khusyu’ ketika membaca al-Quran adalah cita-cita bagi setiap daie. Memang sukar untuk melaksanakannya, akan tetapi pengalaman berdakwahlah resepi utama kejayaan untuk khusu’ dalam sembahyang dan juga dalam mentadabburi al-Quran. Al-Quran ini jika diturunkan pada makhluk Allah yang lain, pasti akan leburlah ia kerana khusyu’ dan takut pada Allah. Wahai daie serata dunia, renungkanlah ayat surah al-Hasyr ini! Jadilah gunung-gunung itu, kuat dan pasak pada bumi, tapi ,lebur tika takut pada PenciptaNya! Alangkah indah menjadi gunung!
Lihatlah pada ahli kitab yang beriman ketika mana mereka menghayati al-Quran;
83. dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu Lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari Kitab-Kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan Kami, Kami telah beriman, Maka catatlah Kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad s.a.w.).
84. mengapa Kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada Kami, Padahal Kami sangat ingin agar Tuhan Kami memasukkan Kami ke dalam golongan orang-orang yang saleh?”.
Al-Imam al-Ghazali berkata; Cara memaksakan diri untuk menangis ialah menghadirkan kesedihan ke dalam hati, kerana dari kesedihan inilah akan munculnya tangis. Rasulullah saw bersabda;
“Sesungguhnya al-Quran itu turun dengan kesedihan. Jika kalian membacanya, maka paksakanlah untuk bersedih” (dr Abu Nuaim).
Adakah lagi sebarang keraguan untuk menjadikan al-Quran sebagai peneman kita di mana sahaja kita berada? Adakah ada hiburan lain yang lebih hebat dari hiburan yang diturunkan untuk menenteramkan manusia dari Allah swt. Apakah ada yang bergelar daie masih berasa bosan mendengar bacaan al-Quran dan menyukai hiburan-hiburan lain sedang mereka berbaiah “al-Quran itu penunjuk kami”. Apakah masih ada yang mahu beralasan “kami tidak faham bahasa arab lantas ia tidak meresap dalam jiwa kami, dan kami lebih suka hiburan yang lain”. Maka oleh itu usahalah untuk mendengar ayat-ayatNya selalu. Latihlah setiap ketika, untuk selalu mendengar ayat-ayatNya. Bagaimana kita harapkan mampu khusyu’ mendengarkan al-Quran apabila yang tercurah di telinga saban ketika hanyalah lagu-lagu lain. Mana mungkin mampu penghayatan jika hati-hati kita dibuai hiburan-hiburan lain?
Al-Quran adalah sumber asli untuk para daie. Biasakanlah hidup bersama al-Quran, nescaya jika anda hidup bersamanya, nikmat manisnya tidak terucap biar dengan ribuan kata-kata dan metafora.
Wallahu ‘alam.
Rujukan : al Quran al Karim, Bagaimana Berinteraksi dengan Al-Quran (Dr Yusuf al-Qaradawi)

Monday, December 22, 2008

Seni Puteh's new collections

cantik tak...? cantik laa..
sesuai utk xtvt informal
material : interlock tuu...
bonus : ada butang...senang nak nenenkan baby..
well, sesuai utk semua sbnrnya.. butang tu bonus je utk ibu2
more tees kat http://seni-puteh.blogspot.com
jom la window shopping..kot la ada yg berkenan d hearty..


Code : SP-BG
S, M, L, XL, 2XL, 3XL
RM 37.00



Code : SP-PW
S, M, L, XL, 2XL, 3XL
RM 37.00



Code : SP-GP
S, M, L, XL, 2XL, 3XL
RM 37.00


Sunday, December 21, 2008

21*12

hari ni our 6th anniversary..
huhuh...tak dapat nak celebrate bersama hari ni coz papa tak de..
belated insyaAllah nanti.
apa pun..
terima kasih ' d ' atas ingatan n penghargaan..walaupun bjauhan....
n syukur alhamdulillah..biar pun telah lama bergelar suami isteri n terasa cepat sangat masa berlalu, ikatan ini tetap kami rasakan seperti baru..hasil titipan doa drp insan2 yg mengasihiNya juga.

kepada sahabat bloggers..
tolong doakan kami kekal bahagia di dunia n akhirat tetap bersama eh..
thanks.. moga doa yang sama untuk semua

Saturday, December 20, 2008

rintihan..


on je pc pagi ni dapat 'offline message' kat yahoo..
syahdu n menung jap...
thanks adik amalina..tazkirah d pagi hari..



teresa_gurlz (nurul amalina)






Chat
| Text | Email | Dismiss
"Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat... Tpi, byk pula dugaan yang datang..
Kadang2 kita minta cerdik, tapi, masalah pula yang bertandang... kadang2 kta minta kebahagiaan, tetapi, huru hara pula menjelang... Dugaan menjadikan mental kita kuat, masalah menjadikan kita berfikir, huru hara menjadikan kita tabah... SUBHANALLAH.. Betapa Hebatnya ALLAH itu.... semuanya ada hikmah..
Kalau lah manusia tahu hadis ini..
" Telah berkata Jibrail a.s: " Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu, maka Allah berfirman : " Biarkan hambaKu itu... kerana Aku mencintai rintih suaranya".....
- Anas ibn Malik r.a


12/20/08 at 12:10 AM

Friday, December 19, 2008

Mama... macam mane nak solat?


si manjee mama 3 thn ni nak solat..

anak2... suci je jiwa dorang, suka sangat ngikut apa yg orang dewasa buat.
tu lah amanah. berat tanggungjawab mama n papa sayang..
kalau baik yang diikut, baik la jugak saham akhirat mama n papa,
kalau buruk yang diikut pun, buruk jugak la saham akhirat mama n papa.. tu yang ngeri tuh.

sebut tentang solat ni teringat hadis riwayat tabrani..
rasulullah bersabda :
permulaan amal perbuatan seseorang hamba yang dihitung di hari kiamat ialah solatnya.
bila solatnya baik, maka baiklah semua amalannya yang lain.
dan bila solatnya itu rosak, maka binasalah semua amalannya yang lain.

bila sebut tentang solat juga, bagi pompuan, telekung sebenarnya bukanlah uniform wajib untuk solat. tapi itu la yg sering menjadi alasan segelintir rakan2 kita...
tak boleh solat laaa..., telekung tak de.
huhh.. kadang kita terdengar pun mengeluh juge. well, apa yang mama tahu, solat lah selagi kita menutup aurat.. yang boleh diperlihatkan hanya muka dan tapak tangan, pakaian juga biar la longgar. kalau kita memang sedia menjaga aurat kita di luar maka tidak menjadi masalah untuk kita solat dimana2 tanpa perlu memakai telekung...

kalau tak pakai tudung?
sebab tu la pentingnya tutup aurat di luar..
habis tu, tak yah solat ke? tudung n stokin pun tak de ni...
kalau kita boleh dapatkan telekung, cuba la usaha n dapatkan... kalau tak dapat jugak
(contoh, sesat dalam hutan), solat je la tanpa telekung pun.. ni mama pernah dengar dari sorang ustazah yang citer tentang perlunya solat dalam hidup kita..


mama : sejuk hati, sejuk perut bila tengok anak2 kecil solat..

Saturday, December 6, 2008

Jom puasa esok!

hati berkata2..

nak dekat raya sangat niii...
eh..org wat haji wuquf di arafah bila plak eh...?
baru teringat, mesti la sehari sblm raya..

eh, doa makbul la kalau berdoa hari tu...,
leh la.. nak doa kat Allah banyak2 n macam2..
plus zikir banyak2 lagi,
plus puasa lagi..org puasa pun makbul doa sampai dia berbuka.
Rasululllah saw pun tak pernah tinggal puasa sunat pada hari wuquf ni..




alaa...nak balik kg ni...
nak masak rendang, ketupat, macam2 lagi.. takkan nak puasa..
eleeh...ramadhan leh puasa kan..
dah training sebulan dah pun.
jom la...
kita puasa sesama eh...

macam tu laa..

Friday, December 5, 2008

..selamat berkorban..

rasa macam baru jek sambut raya aidilfitri..
dah nak sambut raya aidiladha plak..
terasa cepatnya masa berjalan, pejam celik pejam celik je.
tiba2 rasa takut plak bila ingat umur makin meningkat..
kot tetiba Allah cabut nyawa ni,
apa lah amalan yg paling baik yg dapat dipersembahkan padaNya.

dalam pada mengingat mati ni ada jugak insan yg ingat kat kita...
thanks haz.. so sweet... salam aidil adha jugak pada haz, juga pada rakan bloggers yg lain yg bertamu di 'ikrar kasih'..

moga Allah sentiasa bersama kita dlm usaha kita mentaatiNya. dan moga ibadah korban kita pada kali ini diterima... pada yg tak dapat berkorban tahun ni, tip dari kami...
mulalah menabung dari hari ini RM1.00 sehari...
insyaAllah tahun depan kita wat korban sesama eh...

Photobucket

alhamdulillah..dpt jugak kluar jalan..


20 - 23 november 2008...
akhirnya.. dapat jugak pergi bercuti bersama baby baru.
kali ni kami pilih penang.
senang, satu hala je nak balik kg terus..
3 hari 2 malam di penang.
tak de la berjalan mana sangat kat sana..lebih kepada mencari suasana baru n angin baru. bercuti n meluangkan masa bersama anak2 tercinta.
cari laksa penang..char koe teow..
tengok bumi Tuhan di tempat lain..
sungguh, d mana pun kita berada n dicampakkan, kita tetap berada di bumi yang sama dan di bawah langit yang sama. bermusafir (teringat erin plak, sempena nama dia ni... ) sememangnya memberikan keinsafan..utk mereka yg nak berfikir n merenung kekuasaan Allah.

(738.. pintu bilik kami di park royal hotel..)

dlm perjalanan.. singgah di buskin robin.
masa pregnant tolhah ari tu tak sempat nak cari..
nyam nyamm.. ice cream yg cantik tu dah masuk cup yg ke 4..hehe

snow yg jadi rebutan anak2 mama n papa... mmg sikap manusia.. bukan anak2 je,
org dewasa pun suka berebut... rebut apa eh.. apa2 je la..


rase nak ngunyap2 plak... tolhah nak ke?
kakak kata, mama makan nanti susu mama jd rasa donut tu, boleh la tolhah rasa..


malam pertama di penang.. pandangan dari bilik kami.. dorsett hotel.
bangunan yg ceria kat bawah tu restoran kfc. meriah kan..


ni plak pandangan dari park royal hotel...
hehe..hari ke 2 tukar hotel, dapat sea view plak..
masyaAllah.. cantiknyeeerr.....
(papa ada kat bawah tu, baru lepas swimming pg2...org lain tak de lagi.
mama kat atas..anak2 tdo lagi...huhuh...)


alaa....
ngantuk lagi laaaaaaaaaaaaa....

















'bismikallohumma ahya amuut....' bestnyer tido mujahid sorang nih.

dinner di park royal hotel...
sementara menanti makanan yg dipesan tiba, dorang sediakan anak2 gambar utk diwarna...
yg berwarna tu hasil kerja fatimah nuha (3 years)
... yg dah peronyok tuuu... kak long maryam aufa nyer la... dah tertumpah air..huhuh...

..taSbih KasiH..

kasih termeteri..

DaisypathAnniversary Years Ticker 1. Lilypie Kids birthday Ticker 2. Lilypie Kids Birthday tickers 3. Lilypie Third Birthday tickers 4. Lilypie Maternity tickers 5. Lilypie Maternity tickers


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com