Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyyah. Show all posts

Friday, June 8, 2012

Dalam Ujian Ada Rahmat

cuaca sejak akhir2 ni betul2 sangat menduga kita.. (esp hamba2Nya yg mmg tak de air cond kat umah)... sebagai 'hamba', suka atau terpaksa kita perlu terima keadaan ini dengan redha dan muhasabah sebanyak2nye.. 

dalam keadaan yg kurang selesa ni diuji pula dengan nikmat kesihatan anak2. anak2 mama ; aufa, nuha n mukhlas demam.. nuha siap ngan pekej semputnya.. tolhah pulak hingus meleleh tak sudah2.. aduhai.... apa la dosa mama...

'aabid mukhlas demam...buat la apa sahaja, he won't care..lembek banget..
menjaga anak2 yg kurang sihat selain dapat lebih memuhasabah diri, mama pun mula rasa berat kepala. segala2nya memang anak yg perlu didahulukan.. tambah2 pulak papa pun demam juga... huhu... 

duhai hati.. tabahlah..ni baru ujian kecil2n.

doa bebanyak.. n antara cara lain mama nak berhadapan dgn 2 keadaan ni (kesihatan dan cuaca panas), mama buat air sodapppp... anak2 yg tak sihat mmg la tak selera nengok, mama yg syiok sendiri.. hoho.. papa pun kata special ok. sedappp wooooo....

nama air sodap ni pun mama tak tau sebenarnya...
tapi mama bg nama 'orange yogurt drink'.

bahan2nya :
1. ais kiub (1 mangkuk sederhana)
2. buah oren (3 bijik) - boleh tukar ngan buah2 lain/ jus/ pati yg disukai..
3. gula secukup rasa (4 senduk)
4. plain yogurt (4 ke 5 senduk)

* semua bahan kat atas di blend bersama.... dapat la 1 jag besar.
kuantiti actually ikut suka hati... n ikut la sesedap rasa...

bubuh la ais sebanyak2nya....
buah oren yg telah dibuang kulitnya
bahan utama : plain yogurt any brand. yg penting ada tanda halal jakim ek..
slurrrpppyy.... upps! lupa nak letak hirisan oren untuk hiasan kat gelas tu..




akhirnya....nikmatilah 'apa sahaja' nikmat tuhan dengan penuh rasa terima kasih kepadaNYA..  zahirkan dengan banyak menyebutnya dan menghargainya dengan amal taat kita.

nikmat yogurt drink ni selain sedap ya amat sangat ia kayo ngan vitamin c n kalsium gitu. terima kasih jugaklah pada dr ijan n mama ayu yg bagi resepi yg teramat best ni... pasti akan ku buat selalu n selalu...

Sunday, March 20, 2011

pengajaran crepes n ais krim goreng..

nyamm..nyammm.. teruja nengok gambar crepes kat blog paty's kitchen.. tanya hubby.. kita try wat nak pagi ni, utk brekfes. 
macam biasa, dia ok sajeee...

tapi.. kita takde la blueberry ngan gula icing macam dia..
tak pe, dia kata sesuai jugak kalau makan ngan ais krim.. 

alhamdulillah.. sodapp...
nak wat pon sangat mudah. 

blend je semua bahan ni : 
  • tepung gandum 1 cawan, 
  • susu segar 2 cawan,
  • gula 1 sudu besar, 
  • garam secubit,
  • telur 3 bijik,
  • butter cair 2 sudu besar.
pas tu sediakan minyak sikit untuk mengeser atas kuali...alaa.. macam kita wat penkek tu..dah siap, gulung atau wat la bentuk apa pun.. makan ngan ais krim. tq paty's kitchen..

tak sempat nak hias cantik2... nak ngap cepat je.. mam panas2 best, matching ngan ais krim yg sejuk tu..
bukan apa, ptg smlm ada rasa frust sikit
mama try wat 'ais krim goreng'. tapi kurang menjadi..

mama tunjuk gambar ek.. 
cara2 nak wat ais krim goreng..
  •  sediakan roti.. mama guna roti gardenia.
  •  sediakan juga ais krim, acuan, plastik atau bekas nak simpan dalam freezer sblm digoreng.
  • goreng kejap je..dlm 1 minit cukup.. make sure minyak betul2 panas.
peralatan yang digunakan..
roti tu gelek sikit bagi padat sikit. boh ais krim.. tepek roti lain atas dia.
acu ngan apa2 yg sesuai..mama pakai tumbler anak je.
dah siap sebahagian.. sedia utk di simpan di freezer SEMALAMAN..
baru 2 jam lebih...mama dah goreng. TAK SABAR sebenarnya..
hasilnya.... mmg la tak seperti yang dijangka. roti kat luar tu mmg la sedap n rangup tp ais krim kat dalam tu cair lagi... lum cukup keras. habis la meleleh2 bila gigit...huhu...

moralnya..

1. dalam apa juga keadaan kita, kita kena bertenang dan banyak bersabar.. 
contoh, dlm kita nak ajak org kpd kebaikan pun, jangan nak cepat nampak hasil... sebaliknya, serahkan kpd Allah sebagai pemilik hati manusia. yg penting kita usaha ajak org wat baik...jangan pikir diri sendiri je nak jadi baik..n nak masuk syurga sorang2.

2. kalau nak hasil yang baik kita kena usaha dengan sungguh2.. jangan wat kerja sekadar melepas batuk di tangga je.

3. dengan byk praktis kita akan jadi lebih baik.. mcm omputih kata 'practice make perfect'.

4. nak mula wat apa2, baca bismillah dan doa kat Allah.. kalau dah selesai ucap le alhamdulillah, kalau dapat musibah sebutlah innalillahi wa inna ilai hi roji'un..

5. jangan mudah mengalah dan putus asa dengan 'kegagalan' yang kita pernah lakukan.. Allah tak kan bosan untuk menilai kita setiap saat.

6. betulkan niat setiap kali nak wat apa2..

Saturday, March 12, 2011

Peluk cium buat si kecil..

Kehamilan adalah anugerah Allah yang amat besar dan tidak terhingga nilainya kepada bakal mama. Biar pun bakal mama 'terpaksa' mengharungi pelbagai kesukaran dan kepayahan, mereka tetap merasakan nikmatnya 'tendangan' manja si cilik dalam kandungan, nikmat 'kontraksi' saat melahirkan, nikmat 'sukar tidur' saat kehamilan, nikmat 'terboyot2' sepanjang kehamilan... 
Hakikatnya, kesukaran dalam kenikmatan.. Subhanallah..





Satu kenikmatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata saat bergelar bakal mama, apatah lagi setelah MAMA mendengar tangisan si comel buat pertama kalinya... 

Begitu juga mereka yang bergelar papa, tetap merasakan kepayahan sepanjang kehamilan mama. Mereka sedaya upaya melayan kerenah isteri tersayang, melihat kesakitan dan kepayahan yang ditanggung sepanjang proses kehamilan, juga menyaksikan proses kelahiran buah hati mereka. 

 
Azan dan iqomah pun dilaungkan dengan rasa penuh kesyukuran... 
alhamdulillah.. "Aku kini bergelar papa" "Aku kini bergelar mama".  

Biar pun kegembiraan terpancar di wajah dengan jelas, jauh di sudut hati mama dan papa tetap merasakan bahawa lahirnya si comel ke dunia bermakna bertambahlah juga tanggungjawab mama dan papa terhadap Allah SWT. Tanggungjawab mama dan papa bukan sekadar membesarkan si comel malah 'mendidik' anak ini agar menjadi manusia rabbani yang tahu tujuan mereka diciptakan sekaligus melaksanakan 'perjanjian' yang termeteri di alam ruh.

Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah dan mengambil masa yang singkat. Ia memerlukan komitmen lebih 100% daripada mama dan papa. Komitmen yang sebenar adalah komitmen yang didasarkan kepada 'ilmu' dalam pendidikan anak2. Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak mereka menjadi anak yang soleh...
Fitrah manusia, sememangnya manusia itu fitrahnya ingin beragama, dilahirkan suci dan jauh di sudut hati ingin kekal suci di sisi Penciptanya.

Walaupun begitu, dek kerana kejahilan ibu bapa itu sendiri anak2 mungkin akan menjadi 'mangsa keadaan' dengan 'kemungkinan2' mewarisi kejahilan ibu dan bapa mereka...

Menyebut ibu bapa tauladan pastinya kita tidak terlepas dari melihat 'idola' teragung kita iaitu baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah tokoh penjaga yang terbaik yang seharusnya kita contohi.
Diantara perkara yang perlu ditekankan dalam pendidikan anak2 adalah :

1. Kualiti masa.
Ramai ibu bapa mengeluh bila membincangkan persoalan masa... 
Kualiti masa yang dimaksudkan adalah bagaimana kita meluangkan masa bersama anak2 dengan pengisian dan perhatian yang berkualiti. 

Sebagai contoh, makan bersama. Aktiviti makan bersama dapat melahirkan sikap toleransi, bekerjasama, bantu membantu, berkongsi, memuliakan yang lebih tua, mengasihi yang muda, mengutamakan orang lain, tidak berlebih-lebihan dan sebagainya. 

Lihat sahaja bagaimana baginda sejak dari kecilnya dibesarkan oleh Abu Talib, bapa saudaranya. Baginda membesar dan tinggal bersama anak-anaknya yang ramai. Diantara anaknya adalah Saidina Hamzah dan Saidina Ali. Antara aktiviti yang dilakukan bagi mengisi masa berkualiti mereka adalah dengan makan bersama.

Baginda bersabda :
"Ajarilah anak2 dan keluarga kalian dgn kebaikan dan didiklah mereka".
(HR Abd Raziq dan Said b Manshur)

2. Tunjukkan kasih sayang.
Menunjukkan kasih sayang adalah antara perkara yang perlu dipraktikkan oleh seorang ibu atau bapa. Cara ini akan dapat mendekatkan diri mereka kepada anak-anak dengan cara yang sangat mereka senangi. 

Sebagai contoh, bagaimana baginda SAW sebagai seorang datuk melayan cucu2nya. Cucu baginda yang masih kecil pernah memanjat badan baginda ketika baginda sedang solat. Apa yang baginda lakukan adalah membiarkan sahaja anak2 itu bermain kerana baginda tahu itu adalah merupakan tabiat dan fitrah anak2. Baginda sentiasa meraikan mereka sebagai seorang 'anak kecil' tanpa sedikit pun meleteri mereka. Pada masa yang sama baginda tidak juga meleteri ibu kepada anak2 tersebut; Fatimah.

3. Penghargaan.
Sebagai ibu dan bapa juga kita tidak seharusnya 'hanya' meminta anak2 memberi penghargaan dan penghormatan kepada kita. Sebaliknya kita juga seharusnya memberi peluang dan ruang agar mereka merasa diri mereka sentiasa dihargai dan dihormati oleh kita. 

Sebagai contoh, bagaimana baginda menjaga Zaid b Harithah. Anak ini hanyalah anak angkat baginda. Baginda menjaga anak ini sebaiknya sebagaimana baginda menjaga anak baginda sendiri. Sehinggakan ramai beranggapan Zaid itu bukanlah ber'bin'kan Harithah sebaliknya ber'bin'kan Muhammad. 

Selain itu baginda juga pernah satu ketika memberi penghargaan kepada seorang anak kecil bernama Ibn Abbas. Sahabat cilik ini telah diberi penghormatan oleh baginda untuk makan dan minum terlebih dahulu berbanding baginda. Sahabat ini sangat gembira dan benar2 rasa dirinya dihargai.

Baginda bersabda : 
"Muliakanlah anak2mu, dan perelokkanlah budi pekerti mereka". 
(HR Ibn Majah)

4. Komunikasi berkesan.
Komunikasi berkesan merupakan cara terbaik mendekati anak2. Ianya adalah satu ilmu yang perlu dipelajari oleh ibu dan bapa. Baginda pernah solat sambil mendokong anak kecil. Antara sebab baginda berbuat demikian adalah baginda tidak mahu anak kecil itu merasakan dirinya diketepikan dan disisihkan. 

Budaya mendokong anak kecil ketika solat di kalangan masyarakat kita dilihat sebagai sesuatu yang pelik dan menyusahkan. Lihatlah bagaimana baginda, walaupun sedang 'menghadap Tuhan' baginda tidak pernah mengenepikan komunikasi dengan makhluk lain. Biarpun sedang solat, komunikasi bersama anak tetap dilakukan. 


Disamping itu baginda adalah seorang insan yang paling murah dengan senyuman sehingga anak2 merasa sangat seronok didampingi oleh baginda.

Baginda bersabda :
Sesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam semua persoalan".
(HR Bukhari)

Begitulah sedikit tips dan peringatan buat ibu bapa yang mungkin alpa atau terlupa dalam 'mengambil hati' anak2 mereka. Hakikatnya.. masa kita bersama anak2 kita sangat singkat. Rebutlah masa berkualiti bersama mereka seawal usia mereka khasnya sebelum usia baligh mereka... kerana apabila mereka telah meningkat dewasa, kemungkinan mereka tidak lagi 'dekat' dengan kita kerana kesilapan dan kealpaan kita dlm mendidik mereka ketika usia kecil mereka..

 "Ya Rabbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang2 yg tetap mendirikan solat. Ya Rabb kami, perkenanlah doaku. Ya Rabb kami, berikanlah keampunan kpdku dan kedua ibu bapaku serta seluruh org2 mukmin pd terjadinya hari hisab (kiamat)"
(Ibrahim : 40-41)



Peringatan khusus untuk diriku... MAMA dan PAPA

Monday, February 14, 2011

Tulislah... apa sahaja....

Tulis... tulis... tulis... rajin... rajin... rajin...
(tengah paksa diri ni... well.. setelah blog ni lama bersawang....)

dunia penulis sepi tanpa teman...
masalahnya... dah ada teman pun kenapa masih sunyi??
(temanku,  Ate tolong jawab... huhu..)

mulalah menulis... kerana menulis adalah satu keperluan, juga.. satu tanggungjawab sebenarnya. bilamana kita mula memikirkan "kenapa aku harus (perlu) menulis?" maka di situlah bermulanya langkah pertama "ya...aku harus (mesti) menulis"..

plis... tolak ke tepi seketika persoalan minat atau tidak..
kerana pastinya, ketika mana objektif dan pandangan kita jelas terhadap pentingnya penulisan, justeru minat itu akan pasti datang menyusul.
sibuk? amat sibuk? usahakanlah utk meluangkan masa.. biar pun hanya 10 minit sehari..

perkongsian berkaitan penulisan bersama sahabat2 telah dijalankan pd 12 feb 2011 baru2 ni...... persoalan ini telah dibincangkan dan difikirkan bersama.
antara jawapannya..

tulislah untuk/ kerana...

- meluahkan rasa hati
- terapi..
- mendokumentasikan peristiwa
- keperluan!
- sampaikan dakwah
- kurangnya penulisan berbentuk islami
- alternatif kpd penulisan yg sedia ada
- tak mampu (tak suka!) 'public speaking'
- menyampaikan idea
- menyampaikan ilmu
- mengisi masa terluang
- pendapatan sampingan..
- mengubah DUNIA!!
- dan lain2............. fikir2kan utk terus dapat memotivasi diri agar boleh terus atau mula menulis..


hakikatnya...sukar utk mencari "ketidakbaikan" (ada ke perkataan ni dlm kamus dewan?) menulis..
well, akan jadi tidak baik sekiranya penulis menulis perkara yang tidak baik... apa tah lagi jika perkara yang tidak baik atau idea dari penulisan yang tidak baik itu menjadi ikutan org lain..

mama pun tengah usaha ajak anak2 mama menulis...
sebaiknya di usia yg amat muda ini mereka perlu mula didedahkan dengan 'perlunya menulis!'..
tulislah apa sahaja ye sayang mama.....
- keluarga saya
- warna kegemaran saya
- adik saya
- cita-cita saya
- diri saya

disamping dapat meningkatkan perbendaharaan kata, menulis juga dapat menjana idea mereka. menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan idea, berupaya menyusun ayat dan latihan membuat karangan! mudah2an, permulaan langkah ini akan membawa mereka kepada 'perlunya banyak membaca'... kerana banyaknya membaca dapat membantu kita dalam penulisan!

setakat ini dulu.
alhamdulillah.. wal hamdulillah...
mama telah mula meng'aktif'kan semula blog mama. 
mudah2an selepas ini penulisan dan perkongsian mama juga akan lebih bermanfaat utk dibaca, bukan sekadar 'diari mama' tentang 'kisah kasih mama'..

Wednesday, March 24, 2010

Serahkan kpd Pemiliknya..

8 MAC 2010..
selasa..
lbh kurang 10.30 malam..
ampang puteri..
level 3 (306)..


kelahiran Muhammad..
melegakan mama n papa biar pun hanya jasad yang ada...

Segalanya bermula setelah 2 org doktor mengesahkan jantung Muhammad tiada denyutan lagi pada khamis, 4 MAC lalu n seorang lagi sahabat mama, pakar o&g telah mengesahkannya pada pagi 8 MAC lalu. Kandungan mama yg disahkan mungkin telah tiada dalam beberapa hari berusia lebih kurang 14 minggu..terpaksa dikeluarkan dengan cara di'induce'..

..kontraksi yg mama rasa saat melahirkan, tak sehebat perasaan mama menelan takdir yg Allah tentukan pada mama bila melihat Muhammad di atas tapak tangan mama telah sempurna sifat n kejadiannya.




Satu kejutan yang amat hebat mama n papa rasakan kerana sebelum ini mama xde problem yg terlalu besar sepanjang pregnant selain mabuk yang agak teruk. Sungguh2 Allah maha Kaya mahu mama merasai bahkan menjiwai perasaan mereka yg masih belum dikurniakan zuriat mahu pun mereka yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dlm kandungan.. bahkan ramai yang telah mengalaminya berulang2 kali.. (teringat lin, k.zai, k.ja, k.mel, k.ina, k.ros, hajar dan....dan...dan...)

Alhamdulillah..Allah maha Berkuasa..Allah maha Mengetahui segala apa yg ditentukan utk hamba2Nya.. mama semakin belajar.. mama semakin meyakini bahawa apa sahaja yang ada di muka bumi ini sesungguhnya adalah hak mutlak Allah SWT..Dia selayaknya sahaja yang berhak memberi dan mengambil semula hak mutlakNya.

MasyaAllah..teringat pada seerah, ketabahan seorang ibu bernama Khansa'..
Beliau merupakan ibu kepada 4 orang anak. Kesemua anak2 beliau telah syahid dalam peperangan menentang musuh Allah.Beliau berkata..
"Segala puji bagi Allah yg telah memuliakan aku dengan syahidnya putera2ku. Aku mohon kepada Allah utk mengumpulkan aku dengan mereka di syurga"

.. bahkan sekiranya ada lagi anak dihantar untuk syahid beliau pasti akan redha terhadap ketentuanNya..begitu keyakinan beliau terhadap kehidupan akhirat dan fananya kehidupan dunia.

kisah khansa' dan kisah mujahidah2 tauladan yg mama dengari, benar2 menjadi sumber kekuatan kepada mama utk berdepan dengan ujian yg hakikatnya terlalu kecil mama hadapi berbanding mereka..

Astaghfirullahal 'aziim.. ucapan ini lah yg seharusnya mama n kita umat akhir zaman sering lafazkan di hati mahu pun di bibir kita sebagai ingatan bahawa terlalu banyaknya dosa2 yg telah kita lakukan dengan sedar mahu pun yg kita tidak sedari.

"Cubaan tidak henti2nya menimpa org mukmin dan mukminah pada dirinya, anak, dan hartanya hingga dia bertemu Allah tanpa punya dosa"
- Hadith diriwayatkan At-Tirmidzi


..dan pastinya... hargailah mereka yang masih ada di sisi kita..

jazakumullah kpd semua yg mendoakan mama sekeluarga.. khasnya abah, mak, siblings, 'akhawat' , rakan2 n khusus buat 2 sahabat mama, pakar dlm bidang o&g :
kak ja n kak lin..
hanya Allah SWT yg dapat membalas jasa baik kalian..

Tuesday, December 23, 2008

errr... sori nak tanya.. dah ngaji hari ni?


Wahyu Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Kalam al-Quran adalah kalam yang lembut menyentuh sanubari, keras meragut kesedaran dan mantap memberi panduan dan galakan semangat. Rasulullah mendapat bimbingan terus daripada Allah swt. Sepanjang perjalanan dakwah baginda, hanya satu sumber ketenangan yang sentiasa bertiup ke dalam hati baginda. Itulah bimbingan motivasi dari Pengutus Rasul-rasul ke muka bumi, Allah Azza wa Jalla.

Lupakah kita tadabburi surah yang seringkali kita lafazkan diwaktu solat fardhu? Seakan-akan kita lupa pada lembutnya sapaan Tuhan pada rasulNya ketika turunnya wahyu ini. 

Demi waktu Dhuha. dan demi malam apabila telah sunyi (gelap),Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu. Dan Sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu? Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan. Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu Berlaku sewenang-wenang. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu menghardiknya. Dan terhadap nikmat Tuhanmu, Maka hendaklah kamu siarkan. (ad-Dhuha)
Maha Tinggi Allah yang sentiasa memberikan ketenangan kepada baginda saw dalam kehidupannya. Akan tetapi bagi kita yang menyahut seruan dakwah dan menggelari diri sendiri dengan gelaran daie, apakah wahyu Allah ini menjadi sumber ketenangan kita. Adakah sumber lain yang menjadi mainan halwa telinga kita untuk menghiburkan jiwa rona dan melepaskan perasaan?
Alangkah ajaib, apabila mereka yang mengakui mengikuti dakwah Islamiah, mengutamakan hiburan duniawi lebih dari kalam Allah yang agung. Bukan sedikit hiburan dan irama nasyid yang berkumandang di corong komputer yang mengalunkan lagu yang tidak jelas mesejnya, hanya sahaja ia digelari nasyid. Ungkapan ini adalah nasyid seolah-olah alasan tangkap-muat untuk justifikasi hiburan yang tidak melihat pada mesejnya, tapi sejauh mana munshidin mengalunkan suara pada vocal-vokal tertentu, sehebat mana paduan harmoni latar dan sebagainya.
Bukanlah Islam itu datang untuk mengharamkan perkara yang halal, cumanya mereka yang inginkan ketinggian di mata Allah swt pasti menghadkan perkara-perkara harus yang boleh menjerumuskan kepada kelalaian. Tidak terfikirkan kita pada kata-kata;
“Sesiapa yang inginkan darjat tertinggi di syurga, dia hendaklah berada di darjat yang tinggi dalam kehidupan dunia”
(al-Muntalaq)
Lupakah kita pada al-Quran, kalam Allah yang sentiasa dijaga tahun demi tahun? Yang mana pencipta liriknya tidak pernah futur, susunan bahasanya indah mengkagumkan hatta mereka yang tidak memahaminya? Ingatkan kita pada hadith dari al-Mustafa tentang kalamullah ini;
“Bacalah Quran dan menangislah. Jika kalian tidak boleh menangis, maka usahakanlah untuk menangis” (dr Saad ibn Waqqash , hadith dalam al-Lulu wal Marjan).
Khusyu’ ketika membaca al-Quran adalah cita-cita bagi setiap daie. Memang sukar untuk melaksanakannya, akan tetapi pengalaman berdakwahlah resepi utama kejayaan untuk khusu’ dalam sembahyang dan juga dalam mentadabburi al-Quran. Al-Quran ini jika diturunkan pada makhluk Allah yang lain, pasti akan leburlah ia kerana khusyu’ dan takut pada Allah. Wahai daie serata dunia, renungkanlah ayat surah al-Hasyr ini! Jadilah gunung-gunung itu, kuat dan pasak pada bumi, tapi ,lebur tika takut pada PenciptaNya! Alangkah indah menjadi gunung!
Lihatlah pada ahli kitab yang beriman ketika mana mereka menghayati al-Quran;
83. dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu Lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari Kitab-Kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan Kami, Kami telah beriman, Maka catatlah Kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad s.a.w.).
84. mengapa Kami tidak akan beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada Kami, Padahal Kami sangat ingin agar Tuhan Kami memasukkan Kami ke dalam golongan orang-orang yang saleh?”.
Al-Imam al-Ghazali berkata; Cara memaksakan diri untuk menangis ialah menghadirkan kesedihan ke dalam hati, kerana dari kesedihan inilah akan munculnya tangis. Rasulullah saw bersabda;
“Sesungguhnya al-Quran itu turun dengan kesedihan. Jika kalian membacanya, maka paksakanlah untuk bersedih” (dr Abu Nuaim).
Adakah lagi sebarang keraguan untuk menjadikan al-Quran sebagai peneman kita di mana sahaja kita berada? Adakah ada hiburan lain yang lebih hebat dari hiburan yang diturunkan untuk menenteramkan manusia dari Allah swt. Apakah ada yang bergelar daie masih berasa bosan mendengar bacaan al-Quran dan menyukai hiburan-hiburan lain sedang mereka berbaiah “al-Quran itu penunjuk kami”. Apakah masih ada yang mahu beralasan “kami tidak faham bahasa arab lantas ia tidak meresap dalam jiwa kami, dan kami lebih suka hiburan yang lain”. Maka oleh itu usahalah untuk mendengar ayat-ayatNya selalu. Latihlah setiap ketika, untuk selalu mendengar ayat-ayatNya. Bagaimana kita harapkan mampu khusyu’ mendengarkan al-Quran apabila yang tercurah di telinga saban ketika hanyalah lagu-lagu lain. Mana mungkin mampu penghayatan jika hati-hati kita dibuai hiburan-hiburan lain?
Al-Quran adalah sumber asli untuk para daie. Biasakanlah hidup bersama al-Quran, nescaya jika anda hidup bersamanya, nikmat manisnya tidak terucap biar dengan ribuan kata-kata dan metafora.
Wallahu ‘alam.
Rujukan : al Quran al Karim, Bagaimana Berinteraksi dengan Al-Quran (Dr Yusuf al-Qaradawi)

Wednesday, November 5, 2008

10 Ciri Muslim Soleh dan Musleh


1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat pada orang lain

* checklist ni kita muhasabah diri kita eh..
huhuh...

..taSbih KasiH..

kasih termeteri..

DaisypathAnniversary Years Ticker 1. Lilypie Kids birthday Ticker 2. Lilypie Kids Birthday tickers 3. Lilypie Third Birthday tickers 4. Lilypie Maternity tickers 5. Lilypie Maternity tickers


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com