Monday, September 20, 2010

la la la laa....



sangat suker ngan lagu2 dia ni skrg...
masyaAllah.. rentak n lirik yang mendamaikan..
anak2 pon suker sgt.. so do my hubby ;p

saper yg rajin n berkesempatan bole la g konsert dia kat shah alam 14 n 15 okt nih.. tiket boleh tahan la rege nyer... well.. bukan slalu dia dtg malaysia kan..



Saturday, September 18, 2010

Easy Pasta Bake

nyam nyam nyammii...... jom ler try..  ;p

P1010004
Italian recipe yang diubahsuai guna bahan yang senang didapati di Malaysia.

Bahan-bahan ( 6 orang kot )
  • 500 gram pasta (sepeket pasta jenis pendek either penne, farfalle, shell or macaroni)
  • 300 gram daging cincang (pilih ayam atau lembu)
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 labu bawang besar – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 1 tin cendawan butang - dihiris
  • 1 biji lada benggala - didadu
  • 1 kiub stok ayam atau lembu – ikut jenis daging yang digunakan
  • 1 batang carrot – didadu
  • 1 batang celery – didadu
  • 1 sudu teh herba Oregano kering (dapatkan di mana-mana supermarket/hypermarket)
  • 1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam/ serai kayu segar)
  • Parutan keju samada Cheddar/Mozzarela/Romano atau Parmesan
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bahan sos putih :
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 kotak susu segar ( saya guna 2 kotak kecil Susu Dutch Lady full cream je)
  • Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara

  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
  2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.
  3. Masukkan carrot, cendawan, lada benggala (capsicum) dan celery. Kacau sebati.
  4. Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.
  5. Masukkan kiub ayam/lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul) herba Oregano dan Bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.
  7. Buat sos putih. Masak butter atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua butter dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.
  8. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat ). Tutup api.
  9. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (saya guna Pyrex. Pakai loyang kek pun boleh, tapi kalau pakai Pyrex boleh angkat terus hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.
  10. Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.
  11. Bakar dalam oven suhu 190 darjah Celcius selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan. Siap untuk dimakan, yummm!! 
  12. jom ler try.........

adoiiii...gigiku cabut..

1st time aufa nak kena cabut gigi.. gigi susu je pun.. sbb gigi kekal dah tumbuh. takut susun tak elok nanti.. so far aufa pandai jaga gigi..gigi susu dia semua cantik2 lagi.. sayang jugak nak kena cabut.

sirius nyer nak... tenang aufa... tak sakit...

adik2 pon suspen...
dah sudah... rasa kebas lagi tu
gigi susu yang dah dicabut dah bagi kat makcik ayu la... lupa nak amik gambar. nak bagi gigi tu kat ubaidah.. insyaAllah tak lama lg bakal jadi doktor gigi nanti.

santai vs stress...?? hik hik..

damai..


brekfes sblm terjun..
jumpa air...




supper...malas nak turun dah..


suasana luar..


bilik anak2..



nak cek aut dah..

mlm d pool..


br smp...posing dulu...

@ golden palm tree water villa / sepang goldcoast (on jun ke jul ek...)

mimpilah dan berdoalah selari dgn usaha..

mimpi indah anak2.... sentiasa bermotivasi dan positif.. aduhai anak2ku...

Friday, September 17, 2010

Salam Syawal 1431



syawal pertama di ipoh...

Wednesday, March 24, 2010

Serahkan kpd Pemiliknya..

8 MAC 2010..
selasa..
lbh kurang 10.30 malam..
ampang puteri..
level 3 (306)..


kelahiran Muhammad..
melegakan mama n papa biar pun hanya jasad yang ada...

Segalanya bermula setelah 2 org doktor mengesahkan jantung Muhammad tiada denyutan lagi pada khamis, 4 MAC lalu n seorang lagi sahabat mama, pakar o&g telah mengesahkannya pada pagi 8 MAC lalu. Kandungan mama yg disahkan mungkin telah tiada dalam beberapa hari berusia lebih kurang 14 minggu..terpaksa dikeluarkan dengan cara di'induce'..

..kontraksi yg mama rasa saat melahirkan, tak sehebat perasaan mama menelan takdir yg Allah tentukan pada mama bila melihat Muhammad di atas tapak tangan mama telah sempurna sifat n kejadiannya.




Satu kejutan yang amat hebat mama n papa rasakan kerana sebelum ini mama xde problem yg terlalu besar sepanjang pregnant selain mabuk yang agak teruk. Sungguh2 Allah maha Kaya mahu mama merasai bahkan menjiwai perasaan mereka yg masih belum dikurniakan zuriat mahu pun mereka yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dlm kandungan.. bahkan ramai yang telah mengalaminya berulang2 kali.. (teringat lin, k.zai, k.ja, k.mel, k.ina, k.ros, hajar dan....dan...dan...)

Alhamdulillah..Allah maha Berkuasa..Allah maha Mengetahui segala apa yg ditentukan utk hamba2Nya.. mama semakin belajar.. mama semakin meyakini bahawa apa sahaja yang ada di muka bumi ini sesungguhnya adalah hak mutlak Allah SWT..Dia selayaknya sahaja yang berhak memberi dan mengambil semula hak mutlakNya.

MasyaAllah..teringat pada seerah, ketabahan seorang ibu bernama Khansa'..
Beliau merupakan ibu kepada 4 orang anak. Kesemua anak2 beliau telah syahid dalam peperangan menentang musuh Allah.Beliau berkata..
"Segala puji bagi Allah yg telah memuliakan aku dengan syahidnya putera2ku. Aku mohon kepada Allah utk mengumpulkan aku dengan mereka di syurga"

.. bahkan sekiranya ada lagi anak dihantar untuk syahid beliau pasti akan redha terhadap ketentuanNya..begitu keyakinan beliau terhadap kehidupan akhirat dan fananya kehidupan dunia.

kisah khansa' dan kisah mujahidah2 tauladan yg mama dengari, benar2 menjadi sumber kekuatan kepada mama utk berdepan dengan ujian yg hakikatnya terlalu kecil mama hadapi berbanding mereka..

Astaghfirullahal 'aziim.. ucapan ini lah yg seharusnya mama n kita umat akhir zaman sering lafazkan di hati mahu pun di bibir kita sebagai ingatan bahawa terlalu banyaknya dosa2 yg telah kita lakukan dengan sedar mahu pun yg kita tidak sedari.

"Cubaan tidak henti2nya menimpa org mukmin dan mukminah pada dirinya, anak, dan hartanya hingga dia bertemu Allah tanpa punya dosa"
- Hadith diriwayatkan At-Tirmidzi


..dan pastinya... hargailah mereka yang masih ada di sisi kita..

jazakumullah kpd semua yg mendoakan mama sekeluarga.. khasnya abah, mak, siblings, 'akhawat' , rakan2 n khusus buat 2 sahabat mama, pakar dlm bidang o&g :
kak ja n kak lin..
hanya Allah SWT yg dapat membalas jasa baik kalian..

..taSbih KasiH..

kasih termeteri..

DaisypathAnniversary Years Ticker 1. Lilypie Kids birthday Ticker 2. Lilypie Kids Birthday tickers 3. Lilypie Third Birthday tickers 4. Lilypie Maternity tickers 5. Lilypie Maternity tickers


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com