Sunday, March 20, 2011

pengajaran crepes n ais krim goreng..

nyamm..nyammm.. teruja nengok gambar crepes kat blog paty's kitchen.. tanya hubby.. kita try wat nak pagi ni, utk brekfes. 
macam biasa, dia ok sajeee...

tapi.. kita takde la blueberry ngan gula icing macam dia..
tak pe, dia kata sesuai jugak kalau makan ngan ais krim.. 

alhamdulillah.. sodapp...
nak wat pon sangat mudah. 

blend je semua bahan ni : 
  • tepung gandum 1 cawan, 
  • susu segar 2 cawan,
  • gula 1 sudu besar, 
  • garam secubit,
  • telur 3 bijik,
  • butter cair 2 sudu besar.
pas tu sediakan minyak sikit untuk mengeser atas kuali...alaa.. macam kita wat penkek tu..dah siap, gulung atau wat la bentuk apa pun.. makan ngan ais krim. tq paty's kitchen..

tak sempat nak hias cantik2... nak ngap cepat je.. mam panas2 best, matching ngan ais krim yg sejuk tu..
bukan apa, ptg smlm ada rasa frust sikit
mama try wat 'ais krim goreng'. tapi kurang menjadi..

mama tunjuk gambar ek.. 
cara2 nak wat ais krim goreng..
  •  sediakan roti.. mama guna roti gardenia.
  •  sediakan juga ais krim, acuan, plastik atau bekas nak simpan dalam freezer sblm digoreng.
  • goreng kejap je..dlm 1 minit cukup.. make sure minyak betul2 panas.
peralatan yang digunakan..
roti tu gelek sikit bagi padat sikit. boh ais krim.. tepek roti lain atas dia.
acu ngan apa2 yg sesuai..mama pakai tumbler anak je.
dah siap sebahagian.. sedia utk di simpan di freezer SEMALAMAN..
baru 2 jam lebih...mama dah goreng. TAK SABAR sebenarnya..
hasilnya.... mmg la tak seperti yang dijangka. roti kat luar tu mmg la sedap n rangup tp ais krim kat dalam tu cair lagi... lum cukup keras. habis la meleleh2 bila gigit...huhu...

moralnya..

1. dalam apa juga keadaan kita, kita kena bertenang dan banyak bersabar.. 
contoh, dlm kita nak ajak org kpd kebaikan pun, jangan nak cepat nampak hasil... sebaliknya, serahkan kpd Allah sebagai pemilik hati manusia. yg penting kita usaha ajak org wat baik...jangan pikir diri sendiri je nak jadi baik..n nak masuk syurga sorang2.

2. kalau nak hasil yang baik kita kena usaha dengan sungguh2.. jangan wat kerja sekadar melepas batuk di tangga je.

3. dengan byk praktis kita akan jadi lebih baik.. mcm omputih kata 'practice make perfect'.

4. nak mula wat apa2, baca bismillah dan doa kat Allah.. kalau dah selesai ucap le alhamdulillah, kalau dapat musibah sebutlah innalillahi wa inna ilai hi roji'un..

5. jangan mudah mengalah dan putus asa dengan 'kegagalan' yang kita pernah lakukan.. Allah tak kan bosan untuk menilai kita setiap saat.

6. betulkan niat setiap kali nak wat apa2..

Friday, March 18, 2011

Berbaktilah seperti L.U.M.U.T

lumut..
hamba Allah yang 'biasanya' hanya dipandang sepi..
hakikatnya, dorang pun berzikir..well, dgn cara yang tersendiri. tak de wat dosa pun macam kita ni...huhu..

lumut yang tumbuh dalam hutan membantu kita menentukan arah kiblat bila kita terlupa membawa kompas.
ye! sangat besar dan hebat peranan lumut dalam membantu mereka yg nak solat..

n3 kali ni kita ber'taaruf' dengan lumut ek...

Lumut dalam bahasa sehari-hari (kolokial) merujuk pada sekelompok vegetasi kecil yang tumbuh pada tempat lembab atau perairan dan biasanya tumbuh meluas menutupi permukaan. Di perairan lumut dapat menutupi dasar atau dinding sungai atau danau. Secara botani, lumut dapat digolongkan menjadi beberapa divisio:
  • Chlorophyta, alga hijau; beberapa alga hijau yang berwujud berkas-berkas memanjang tanpa memperlihatkan spesifikasi organ yang jelas dapat disebut lumut
  • Anthocerophyta, lumut tanduk; yaitu semacam lumut hati namun memiliki organ sporofor berbentuk tanduk
  • Marchantiophyta, lumut hati; yaitu lumut yang berwujud seperti piringan datar berlapis menutupi permukaan batu atau dinding
  • Bryophyta, lumut sejati; yaitu tumbuhan lumut yang terlihat memiliki pembagian organ yang jelas                                                                    (Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Lumut)           
Papa : pemandangan bersama 'taman lumut' nya.. ;p  (miss u aaa...)

Bagi kebanyakan kita, anggapan lumut menyusahkan adalah satu fenomena biasa... mengotorkan dinding, pagar, akuarium, pasu...dll. malah kita pun boleh terjatuh kerana tergelincir jika terpijak! malah mungkin dikatakan pengotor kerana tidak membersihkan atau membuangnya!

Namun, di Indonesia terdapat taman lumut yang dikatakan satu2nya di dunia. hebat tuu.... tringin jugak nak tengok 'life'..macam best je.

jom baca di sumber : http://202.169.46.231/News/2006/01/30/Nasional/nas15.htm
 
Taman Lumut KRC (Kebun Raya Cibodas) di Jawa Barat, direka dengan tujuan untuk mengumpulkan pelbagai jenis lumut.. sangat unik...

Selain itu lumut juga boleh dijadikan ubat... ubat direa/ sakit perut? 
rebus.. biar betul... tapi tengok jenis lumut laaa... jangan main belasah je. kang jadi penyakit lain pulak!

ada juga jenis lumut yang berbentuk hati, dikatakan mampu mengubati penyakit hepatitis. juga jenis lain digunakan untuk mengubati penyakit mata dan kulit.

secara umumnya, lumut hidup subur di tempat2 basah dan lembab di dataran rendah dan tinggi. Mereka memerlukan curahan hujan tak kurang dari 200 mm per tahun dan sinar matahari yang cukup untuk berkembang biak.

Lumut bukannya hidupan yang tiada kegunaannya.. 

Selain sebagai pemerangkap air, lumut menjaga kelembaban udara dan kestabilan tanah. Contoh lain, para pencinta bonsai, mereka memanfaatkan lumut sebagai penutup tanah tempat bonsai tumbuh. Bonsai yang dihiasi lumut pula kelihatan lebih indah, selain lumut tadi berfungsi sebagai penjaga kelembaban tanahnya.

Subhanallah.. hebatnya ciptaan Allah...
segala yg diciptaNya tiada yang sia2..

Allah telah menyebut dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 73.  

Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).  
[22:73]

belajarlah dari ciptaanNya..
apa lagi kita sebagai manusia dan khalifah di muka bumi.. mari bersegera untuk terus memberi faedah dan manfaat, memanfaatkan waktu, tenaga dan kemampuan… seperti mana yang disabdakan oleh Nabi SAW :
 خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.”
[Shahih al-Jami’ no 3289 (Hasan)]


(p/s : ada yg berani nak 'tanam' n 'bela' lumut lepas ni...? hihi..)

Sunday, March 13, 2011

imaginasi anak2

dunia anak2 adalah dunia yg sentiasa dipenuhi dgn imaginasi. biar pun kekadang mama 'naik angin' bila idea2 mereka ni akhir kesudahannya meletihkan mama... 
nak pulak time tu time papa outstation berhari2 atau berminggu2 atau berbulan2.. :((

mana taknye... 

1. gunting kertas kecik2..... bersepah sana sini
2. main air kat luar rumah tapi tak tutup semula kepala paip dgn baik...pembaziran air berhari2 (patut la bil air makin naik..huhu...).. mama pun tak de la nak cek hari2.
3. bawa mainan ke luar rumah dan tidak dibawa masuk semula
4. main alat make-up mama sampai hancusss!! huhu.. dan lagi...dan lagi...
5. main pondok2 kat bilik mama time mama tak perasan..
6. barang2 kesayangan mama jadi barang2 mainan dorang.. 
(suker ati jeee...)
7. wat 'mural' dinding..
8. dan lain2 lagi...... sabo je la...

hasil kreativiti princess nuha (6 thn),
berangan la tuu.... 
cikgu aufa (8 thn).. 
time rajin akan jd cikgu kpd adik2nya..
'ubaid : ntah apa yg difikirkan 
oleh anak 2 thn ++ ni..






















hakikatnya, idea anak2 ni terkadang sukar dijangkau oleh pemikiran kita..
biarpun dahulunya kita pernah spt mereka, malah mungkin lebih 'hebat' drp mereka.
apa pun, idea mereka perlu sentiasa dihargai dan diperhalusi..
perlu sentiasa dan sentiasa dituntun, diperingatkan atau diperkukuhkan dgn penuh 'kasih sayang' dan 'hikmah'..

(peringatan : mama kena banyak2 sabar)

'tepek' kreatif papa

satu pagi.. 29.11.10..
trasa tringin sesangat nak makan 'tepek' versi mak mertua..tepek ni panggilan org ipoh. org kl panggil puri...

badan rasa tak berapa sedap sebenarnya, tapi keinginan nak buat sendiri tepek ni membuak2... mama pun mula la wat projek tepek ni ngan bantuan papa... tak lalu nak uli tepung byk2. mintak bantuan darling mama uli. berpeluh jugak dibuatnya...hihi.. 

anak2 pon sama2 eksaited! tepung, minyak panas, garam, telur, air. 
pada masa yg sama mama pon wat la kuah dal... bau dah semerbak meliputi seluruh sudut rumah. anak2 makin eksaited!

tiba waktu nak bentukkan tepung yg telah diuli... mama wat style biasa je, wat bentuk bulat2 n bagi leper...yg penting nak makan cepat, nak panaskan atas kuali pon senang. nak goreng pon senang.

tapi rupanya, dlm mama sibuk di dapur, papa n anak2 pon tgh sibuk wat 'projek' membuat bentuk2 yg sgt kreatif dari tepung yg dah diuli tadi..

tadaaa.....
versi biasa tepek mama... dal pun br siap, tak cukup pekat...
belasah je la, lapar sudah..
aufa : star... tapak sulaiman?
nuha : huruf F
ikan pirana! sirip dah tercabut masa goreng...huhu..
kereta idaman papa tolhah
love utk nuha, monster utk aufa..
kisah ni berlaku beberapa hari sebelum mama 'alahan' terukkkkkk.... lepas beberapa hr  ni mmg jgn saper2 pon sebut pasal tepek n mintak tepek!! mama pasti akan jd 'pusing'...aduhai...

moral of the story..
1. raikan anak2.. esp anak2 yg susah nak makan..
2. isi masa berkualiti bersama keluarga.
3. jd lah kreatif dan blajar utk kreatif..
4. dah buat tu, sedekah2 le kat jiran..
5. baca doa sblm n slps mkn... ;p
6. ucaplah terima kasih pd mak mentua yg kongsi resepi.
7. ucaplah terima kasih n peluk cium utk segala bantuan n idea kreatif darling tersayang.... tq papa..

hOw dO yOu feel 2day..?


n3 kali ni sebenarnya tak de idea... tapi rasa nak jugak pos something.. jeles ngan ate, k.noya & anfaal yg sangat rajin meng'update' entri2 mereka... 'dunia penulisan sepi tanpa teman'...jazakumullah teman.

terjumpa plak 'muka2' yg cute ni... kreatif betul org yg membuatnya..soooo sweeet..

tapi bila mama belek satu persatu wajah2 yg cute ni, jiwai wajah2 ni dalam2... terasa terus sampai ke hati. 

contohnya bila tengok wajah 'happy'...dengan senyum lebarnya, warna yg segar dan ceria, mood pon jd happy bila nengok..

tengok plak wajah 'upset'... aduuuuhhh...suram..sayu, rasa tak nak tgk lama2..

mama tegok plak wajah 'bored'... wahhh...betul2 muka org tgh boring.. mmg mcm tu..mula terbayang saat2 kalau tgh boring tak tau nak buat mende, biar pun hakikatnya kerja mmg tgh melambak2..

wajah 'hopeful'... tgk la mata dia... sgt optimis dengan apa yg dihajatkan.. 
doa dgn pnuh rasa pengharapan adalah pasti bg mereka yg sdg dlm situasi ni.

dan...wajah2 yg lain.... sgt best bila dapat hayati wajah2 ni satu persatu... 
try la belek satu2... kita test emosi kita.

hakikatnya, manusia normal mmg punyai E.M.O.S.I.. melihat wajah kartun sahaja sudah terkesan di hati. apa lagi bila mlihat wajah2 sebenar insan2 di sekitar kita. 

melihat, merenung, mendengar, menilai.. itu semua adalah anugerah yg Allah kurniakan kpd makhluk yg bernama 'insan'. justeru, terimalah hakikat yg sebenarnya kita punyai baaaaaaaaaaanyak tanggungjawab melebihi dari masa yg kita ada. malangnya... kita sering mencari 'alasan' utk tidak atau kurang memikirkannya dgn mendalam apa tah lagi utk bertindak setiap saat sesuai dgn redhaNya.. jom jd lebih peka n sensitif!!

Saturday, March 12, 2011

Peluk cium buat si kecil..

Kehamilan adalah anugerah Allah yang amat besar dan tidak terhingga nilainya kepada bakal mama. Biar pun bakal mama 'terpaksa' mengharungi pelbagai kesukaran dan kepayahan, mereka tetap merasakan nikmatnya 'tendangan' manja si cilik dalam kandungan, nikmat 'kontraksi' saat melahirkan, nikmat 'sukar tidur' saat kehamilan, nikmat 'terboyot2' sepanjang kehamilan... 
Hakikatnya, kesukaran dalam kenikmatan.. Subhanallah..





Satu kenikmatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata saat bergelar bakal mama, apatah lagi setelah MAMA mendengar tangisan si comel buat pertama kalinya... 

Begitu juga mereka yang bergelar papa, tetap merasakan kepayahan sepanjang kehamilan mama. Mereka sedaya upaya melayan kerenah isteri tersayang, melihat kesakitan dan kepayahan yang ditanggung sepanjang proses kehamilan, juga menyaksikan proses kelahiran buah hati mereka. 

 
Azan dan iqomah pun dilaungkan dengan rasa penuh kesyukuran... 
alhamdulillah.. "Aku kini bergelar papa" "Aku kini bergelar mama".  

Biar pun kegembiraan terpancar di wajah dengan jelas, jauh di sudut hati mama dan papa tetap merasakan bahawa lahirnya si comel ke dunia bermakna bertambahlah juga tanggungjawab mama dan papa terhadap Allah SWT. Tanggungjawab mama dan papa bukan sekadar membesarkan si comel malah 'mendidik' anak ini agar menjadi manusia rabbani yang tahu tujuan mereka diciptakan sekaligus melaksanakan 'perjanjian' yang termeteri di alam ruh.

Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah dan mengambil masa yang singkat. Ia memerlukan komitmen lebih 100% daripada mama dan papa. Komitmen yang sebenar adalah komitmen yang didasarkan kepada 'ilmu' dalam pendidikan anak2. Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak mereka menjadi anak yang soleh...
Fitrah manusia, sememangnya manusia itu fitrahnya ingin beragama, dilahirkan suci dan jauh di sudut hati ingin kekal suci di sisi Penciptanya.

Walaupun begitu, dek kerana kejahilan ibu bapa itu sendiri anak2 mungkin akan menjadi 'mangsa keadaan' dengan 'kemungkinan2' mewarisi kejahilan ibu dan bapa mereka...

Menyebut ibu bapa tauladan pastinya kita tidak terlepas dari melihat 'idola' teragung kita iaitu baginda Rasulullah SAW. Baginda adalah tokoh penjaga yang terbaik yang seharusnya kita contohi.
Diantara perkara yang perlu ditekankan dalam pendidikan anak2 adalah :

1. Kualiti masa.
Ramai ibu bapa mengeluh bila membincangkan persoalan masa... 
Kualiti masa yang dimaksudkan adalah bagaimana kita meluangkan masa bersama anak2 dengan pengisian dan perhatian yang berkualiti. 

Sebagai contoh, makan bersama. Aktiviti makan bersama dapat melahirkan sikap toleransi, bekerjasama, bantu membantu, berkongsi, memuliakan yang lebih tua, mengasihi yang muda, mengutamakan orang lain, tidak berlebih-lebihan dan sebagainya. 

Lihat sahaja bagaimana baginda sejak dari kecilnya dibesarkan oleh Abu Talib, bapa saudaranya. Baginda membesar dan tinggal bersama anak-anaknya yang ramai. Diantara anaknya adalah Saidina Hamzah dan Saidina Ali. Antara aktiviti yang dilakukan bagi mengisi masa berkualiti mereka adalah dengan makan bersama.

Baginda bersabda :
"Ajarilah anak2 dan keluarga kalian dgn kebaikan dan didiklah mereka".
(HR Abd Raziq dan Said b Manshur)

2. Tunjukkan kasih sayang.
Menunjukkan kasih sayang adalah antara perkara yang perlu dipraktikkan oleh seorang ibu atau bapa. Cara ini akan dapat mendekatkan diri mereka kepada anak-anak dengan cara yang sangat mereka senangi. 

Sebagai contoh, bagaimana baginda SAW sebagai seorang datuk melayan cucu2nya. Cucu baginda yang masih kecil pernah memanjat badan baginda ketika baginda sedang solat. Apa yang baginda lakukan adalah membiarkan sahaja anak2 itu bermain kerana baginda tahu itu adalah merupakan tabiat dan fitrah anak2. Baginda sentiasa meraikan mereka sebagai seorang 'anak kecil' tanpa sedikit pun meleteri mereka. Pada masa yang sama baginda tidak juga meleteri ibu kepada anak2 tersebut; Fatimah.

3. Penghargaan.
Sebagai ibu dan bapa juga kita tidak seharusnya 'hanya' meminta anak2 memberi penghargaan dan penghormatan kepada kita. Sebaliknya kita juga seharusnya memberi peluang dan ruang agar mereka merasa diri mereka sentiasa dihargai dan dihormati oleh kita. 

Sebagai contoh, bagaimana baginda menjaga Zaid b Harithah. Anak ini hanyalah anak angkat baginda. Baginda menjaga anak ini sebaiknya sebagaimana baginda menjaga anak baginda sendiri. Sehinggakan ramai beranggapan Zaid itu bukanlah ber'bin'kan Harithah sebaliknya ber'bin'kan Muhammad. 

Selain itu baginda juga pernah satu ketika memberi penghargaan kepada seorang anak kecil bernama Ibn Abbas. Sahabat cilik ini telah diberi penghormatan oleh baginda untuk makan dan minum terlebih dahulu berbanding baginda. Sahabat ini sangat gembira dan benar2 rasa dirinya dihargai.

Baginda bersabda : 
"Muliakanlah anak2mu, dan perelokkanlah budi pekerti mereka". 
(HR Ibn Majah)

4. Komunikasi berkesan.
Komunikasi berkesan merupakan cara terbaik mendekati anak2. Ianya adalah satu ilmu yang perlu dipelajari oleh ibu dan bapa. Baginda pernah solat sambil mendokong anak kecil. Antara sebab baginda berbuat demikian adalah baginda tidak mahu anak kecil itu merasakan dirinya diketepikan dan disisihkan. 

Budaya mendokong anak kecil ketika solat di kalangan masyarakat kita dilihat sebagai sesuatu yang pelik dan menyusahkan. Lihatlah bagaimana baginda, walaupun sedang 'menghadap Tuhan' baginda tidak pernah mengenepikan komunikasi dengan makhluk lain. Biarpun sedang solat, komunikasi bersama anak tetap dilakukan. 


Disamping itu baginda adalah seorang insan yang paling murah dengan senyuman sehingga anak2 merasa sangat seronok didampingi oleh baginda.

Baginda bersabda :
Sesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam semua persoalan".
(HR Bukhari)

Begitulah sedikit tips dan peringatan buat ibu bapa yang mungkin alpa atau terlupa dalam 'mengambil hati' anak2 mereka. Hakikatnya.. masa kita bersama anak2 kita sangat singkat. Rebutlah masa berkualiti bersama mereka seawal usia mereka khasnya sebelum usia baligh mereka... kerana apabila mereka telah meningkat dewasa, kemungkinan mereka tidak lagi 'dekat' dengan kita kerana kesilapan dan kealpaan kita dlm mendidik mereka ketika usia kecil mereka..

 "Ya Rabbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang2 yg tetap mendirikan solat. Ya Rabb kami, perkenanlah doaku. Ya Rabb kami, berikanlah keampunan kpdku dan kedua ibu bapaku serta seluruh org2 mukmin pd terjadinya hari hisab (kiamat)"
(Ibrahim : 40-41)



Peringatan khusus untuk diriku... MAMA dan PAPA

..taSbih KasiH..

kasih termeteri..

DaisypathAnniversary Years Ticker 1. Lilypie Kids birthday Ticker 2. Lilypie Kids Birthday tickers 3. Lilypie Third Birthday tickers 4. Lilypie Maternity tickers 5. Lilypie Maternity tickers


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com