Sunday, November 30, 2008

i luv u....

i luv u..
saya sayang awak..
saya cintakan awak..

satu lafaz yang amat mudah untuk diungkapkan. well..selalu kita lupa.. disebalik figur yang amat kita kasihi itu ada 'zat' yang menciptanya yang mana semestinya penciptanya pasti dan benar2 pasti memiliki sifat kesempurnaan, kehebatan, kekuatan yang luarbiasa dalam menghasilkan ciptaan2nya. andai kita merasa kagum dan kasih pada yang kita cintai sudah pasti penciptanya lebih mengkagumkan dan penuh dgn kasih sayang..

DIA lah seharusnya yang pertama sekali kita cintai..
melebihi kecintaan kita kepada yg lain2... kekasih, suami, isteri, anak2, harta benda, dan sebagainya di dunia yg hanya bersifat sementara, yg hanya dipinjamkan utk kita sebagai ujian kepada kita, siapakah diantara kita yg benar2 mencintai DIA,
yg benar2 ikhlas mengabdikan diri kepadaNYA.

dan..apakah bukti kita mencintaiNYA???
adakah sanggup kita mengorbankan cinta dan kasih kita pada selainNya hanya utk taat dan patuh kepadaNya????

sahabat...
beranilah..
tanya 'iman' kita...

DIA berfirman...

"Katakanlah (Wahai Muhammad):
"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu,
dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu,
dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot,
dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai,
- (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya);
kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."


[QS al-Taubah 9:24]

Wednesday, November 5, 2008

10 Ciri Muslim Soleh dan Musleh


1. Akidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang mantap
4. Luas pengetahuan
5. Sihat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat pada orang lain

* checklist ni kita muhasabah diri kita eh..
huhuh...

Tuesday, November 4, 2008

Rindu laa...

rasa macam dah lama sangat tak pergi bercuti...
ni kes dah lama duduk rumah la ni (mama la..).
papa pun dah letih, kerja non stop bila dah start ada projek...
sabar dulu, mama kena tunggu sihat betul2, papa kena ada masa free n baby biar la besar sikit.
cepat2 besar ye tolhah..

Terima Kasih




terima kasih mak (kuasa 2) n abah..
pengorbanan kalian tak kan kami lupakan.

* apak, semoga rohmu ditempatkan bersama golongan mereka yg soleh..

Kerja..


kerja...kerja...kerja....kerja..............................dan kerja..
hari ni mama dah masuk hari ke 37 berpantang. mama yang rasa letih tengok papa asyik kerja..n outstation berhari2..

dalam apa pun keadaan, alhamdulillah.. wal hamdulillah.. Allah masih kurniakan kepada kami rezki, kekuatan dan peluang untuk terus bekerja (ya Allah.. jdkanlah kami hambaMu yg sentiasa bersyukur).

dan...
alhamdulillah.. sesibuk2nya papa bekerja sampai cuti pun kena bekerja, Allah tetap beri peluang pada papa berada di sisi mama setiap kali mama berjuang di bilik bersalin, juga pada hari2 awal mama berpantang.
syukur pada Allah..

serta..
ucapan terima kasih tak terhingga buat d atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang tak berbelah bagi selama ni..

Maryam Aufa





Our 1st child...
2 September 2003
5.44 pm

Fatimah Nuha



Our 2nd child..
26 Januari 2005
7.49 pm
Gambar baby.. di hospital selayang

Tolhah 'Ubaidillah


Our 3rd baby..
28 September 2008/ 28 Ramadhan 1429
3.38 pm
Gambar ni baby baru masuk 4 hari kat dunia..

alhamdulillah.. masuk baby yg ke 3 ni mak bidannya masih lagi makcik ijan.. dan hospitalnya masih lagi hospital selayang. jazakillah khorul jaza' to Dr Norkhaizan.

..taSbih KasiH..

kasih termeteri..

DaisypathAnniversary Years Ticker 1. Lilypie Kids birthday Ticker 2. Lilypie Kids Birthday tickers 3. Lilypie Third Birthday tickers 4. Lilypie Maternity tickers 5. Lilypie Maternity tickers


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com