Fitrah orang yang sedang merindu...
Rasa gelisah, resah tak menentu. Ke sana, ke sini serba tak keruan.. hanya saja orang yang dirindui tiada di sisi. ahh... sakit, peritnya menanggung rindu..
mungkin..
siapa saja yg terbaca coretan mama hari ini mungkin sedang mula membayangkan wajah2 insan yg dirindui. mungkin kerana kehilangan.. atau terpisah jauh... atau dekat tapi terasa jauh... atau mungkin saja pasangan yang baru sahaja diijabkabulkan, terasa sangat kasih dan saling rindu2an tiap saat..
kisah rindu2an... sememangnya satu kisah penuh emosi, mampu meruntun jiwa. saat terkenangkan si dia... aduhh..apatah lagi jika si dia tidak mungkin dapat bersua dengan kita lagi di dunia yang fana ini..
Sifat org yg merindu...
rasa amat resah dan sukar bila berjauhan dengan yang dirindu.. Sifat org yg merindu...
rasa ingin dan selalu bersedia untuk berkorban apa sahaja utk yg dirindu..Sifat org yg merindu...
akan sentiasa menyebut2 nama yg dirinduinya.. dalam ingatannya, lafaznya mahu pun dalam setiap hela nafasnya..Sifat org yg merindu...
segala apa yg menjadi milik yg dirindu akan turut dirindu... minatnya, rakannya, keluarganya, kasihnya, jiwanya dan segala yg ada padanya..Sifat org yg merindu...
akan rasa bergetar jiwanya saat nama yg dirindu kedengaran atau disebut2 oleh org lain...Begitulah sakitnya org yg sedang merindu...
namun..
kisah rindu-rinduan yang ingin mama 'highlight'kan kali ni adalah kisah kerinduan yang Rasululullah SAW rakamkan dalam hadis baginda...
"Kalian adalah sahabat2ku. Sedang saudara2ku adalah
mereka yg beriman kpdku ttp belum pernah melihat aku".
"Kaum yg paling beruntung sesudah kalian adalah
mereka yg beriman kpdku sedang mereka belum pernah melihatku".
dalam riwayat Muslim,
"Diantara bentuk kerinduan yang paling kuat drp umatku
adalah org yg dtg sesudahku dan dia sgt ingin melihatku meski harus mengorbankan keluarga dan hartanya".
Sayangku...
hanya Rasulullah SAW dan para sahabat selain Tuhan Yang Maha Pencipta (Pemilik segala kerinduan) merupakan insan2 yg selayaknya kita hadirkan rasa kerinduan yg sebenar. sehingga setiap langkah dan setiap gerak geri serta denyutan nadi kita menjurus ke arah rasa kerinduan itu.
hasilnya.... segala yg kita lakukan dan niatkan hanyalah utk menjadi seperti org yg kita rindui..
namun..
sejujurnya..jika saat ini kita tanyakan dalam diri kita..
"adakah aku benar2 merindui baginda?"
"adakah aku benar2 merindui setiap yg ada pada baginda?"
"adakah kerinduanku kpd baginda telah melebihi kerinduanku pada yg lain yg ada di dunia ini?"
"adakah cukup aku sekadar melafazkan -ya rasulallah, aku amat merinduimu-?"namun,
beranilah utk bertanya sejujurnya pd hati.. serta.. beranikanlah diri utk menjawab sejujurnya..
kerana.. pertanyaan serta jawapan utknya nanti mudah2an akan membantu jiwa2 kita terus mencari kerinduan dlm erti kata yg sebenar, sehingga kita tergolong dlm 'kaum' yg baginda nyatakan dlm hadis baginda. beruntunglah bagi 'kaum' yg dimaksudkan...
pun begitu, rasa rindu perlu utk terus disemarakkan... kerana rasa ini akan kian pudar dan semakin pudar jika tidak dibajai dengan sebaiknya...
"Ya Allah... bantulah kami dalam merinduiMu dan merindui kekasihMu.."
Selawat ke atas baginda Muhammad SAW,
ahli keluarga serta sahabat2 baginda.
ahli keluarga serta sahabat2 baginda.
Selamat mengenang hari kelahiran baginda SAW..
20 April 571M.
Selamat mengenang perjuangan baginda serta berusaha sedaya upaya
memperjuangkan sunnah dan ajaran baginda.
20 April 571M.
Selamat mengenang perjuangan baginda serta berusaha sedaya upaya
memperjuangkan sunnah dan ajaran baginda.
15 Februari 2011
12 Rabiul Awwal 1431









2 comments:
Dah baca dan baca post ni...pasal tak ada post baru.
hehe... ;)
Post a Comment