Friday, August 12, 2011

Muhammad 'Aabid Mukhlas


27 Julai 2011,
Rabu, 
3.77 kg,
9.37 pagi,
303 Ampang Puteri.

Alhamdulillah.. wal hamdulillah... wal hamdulillah.. segala puji2n hanya milik Allah yg mutlak..

mudah2n anak ini adalah gantian terbaik daripada Allah pada 'muhammad' tahun lalu.. alhamdulillah telah diaqiqahkan pd harinya yg ke 14. hari ni genap usia 'Aabid Mukhlas hari yang ke 17. Jumaat ke2 bulan ramadhan tahun ini.. sayu rasanya bilamana ramadhan hari ni telah masuk fasa keduanya..hari ke 12.
                                                       *mode muhasabah

setelah lama blog ni bersawang, hari ni mama nak abadikan insan baru dalam 'diari' hidup mama.. mudah2n ada kebaikannya.. juga mama rasa sgt terhutang budi kpd semua yg mendoakan mama n 'aabid sepanjang kehamilan n proses bsalin..hanya Allah yg mampu membalasnya... khasnya pada Dr Ariza Mohamed.. mama punya mak bidan di Ampang Puteri.

hari ni n3 mama berkisar kisah 'aabid n 'apa ada pd nama?'

Hari ke 7 (DOB : 27 Julai 2011)
Muhammad ‘Aabid Mukhlas B. Mustaza

Muhammad    : Nabi terakhir @ Al-Quran bergerak
 ‘Aabid            : Ahli ibadah
 Mukhlas         : Orang yang Allah sucikan hatinya

 Kholis, Mukhlis dan Mukhlas :

Betapa uniknya Bahasa Arab yang dipilih oleh Allah untuk dijadikan bahasa al-Quran seterusnya menjadikannya bahasa ahli Syurga. Kalau kita perhatikan, dengan berlakunya sedikit perubahan (seperti baris) ke atas perkataan dalam Bahasa Arab, ia telah membawa perbezaan dari segi maknanya.

Kholis bererti suci, murni ataupun tulin.
Mukhlis pula bermakna orang yang ikhlas.
Mukhlas pula bererti orang-orang yang Allah sucikan (hati-hati mereka).

Selepas seseorang itu berjaya merealisasikan dua konsep yang pertama, iaitu konsep kholis kemudian ikhlas kepada Allah, maka insya-Allah Dialah (Allah) yang akan memulia dan menyucikan orang tersebut daripada sekalian makhluk-Nya. Justeru, akan tergolong di kalangan orang-orang yang suci di sisi Allah (mukhlas).

Allah telah menyifatkan nabi-nabi sebagai hamba-Nya yang mukhlasin (jama’ mukhlas), kerana mereka telah menyucikan (kholis) kepercayaannya kepada Allah, kemudian ikhlas pula mengerjakan segala tuntutan Allah, maka akhirnya Allah menjadikan mereka semua orang-orang yang suci murni (mukhlasin).

Sifat inilah yang Allah berikan kepada nabi Yusuf AS. Firman-Nya dalam Surah Yusuf, ayat 24 yang
mafhumnya:

وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ وَهَمَّ بِهَا لَوْلا أَن رَّأَى بُرْهَانَ
رَبِّهِ كَذَلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَآءَ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا
الْمُخْلَصِينَ
  
“Begitulah kami memalingkannya daripada melakukan perkara-perkara buruk dan mungkar, sesungguhnya dia tergolong di dalam golongan hamba-hambaku yang mukhlasin.”

Begitu juga Allah telah menceritakan Iblis laknatullah yang tidak dapat memperdayakan umat manusia yang mukhlasin. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Hijr, ayat 39-42 yang mafhumnya:

“Iblis berkata: Wahai tuhanku, oleh kerana engkau memutuskan bahawa aku sesat,
maka sudah pasti aku akan menjadikan pandangan mereka (manusia) baik kepada
perkara-perkara mungkar (maksiat) di dunia, dan aku akan menyesatkan mereka
semua. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlasin (yang telah engkau sucikan
hati-hati mereka). Allah berfirman: Ini adalah jalan yang lurus, aku pasti akan
menjaganya. Sesungguhnya engkau (iblis) tidak ada kuasa terhadap hamba-hambaKu
itu.”

Justeru, sebagai orang yang berilmu kita hendaklah bersifat dengan ketiga-tiga sifat tersebut. Pertama mesti kholis (sucikan) diri kita, kehidupan kita dan juga agama yang kita anuti ini hanya kepada Allah tanpa mensyirikannya (Islam). Kemudian kita berusaha sedaya upaya untuk mengikhlaskan segala perbuatan kita yang berkaitan dengan diri kita sendiri, kehidupan kita sehari-hari seterusnya kerja-kerja agama kita yang suci. Setelah itu, kita mengharapkan Allah SWT me’mukhlas’kan diri kita dan menggolongkan kita bersama hamba-hamba-Nya yang mukhlasin, amin..

- Sebahagiannya disunting daripada buku dalam Bahasa Arab yang ditulis oleh Dr Solah al-Khalidiy, Jordan 1996.-

No comments:

..taSbih KasiH..

kasih termeteri..

DaisypathAnniversary Years Ticker 1. Lilypie Kids birthday Ticker 2. Lilypie Kids Birthday tickers 3. Lilypie Third Birthday tickers 4. Lilypie Maternity tickers 5. Lilypie Maternity tickers


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com