Monday, October 17, 2011

ulat buku VS hantu buku

pagi 15 okt 2011 (sabtu)..
hari ni mmg la hari yg dinanti2kan.. pagi2 lagi dah siapkan baby 'aabid..
papa dah janji nak teman mama pegi SHOPPING!!
berdebar la pulak.. klakar pun ada. apa taknye nak kena bersedia fizikal n mental utk naik bas dengan anak2 mama yg 4 orang ni.. mana nak pegang stroller, nak pegang baby 'aabid mukhlas, nak pegang abang tolhah yg 'kurang' faham bahasa, nak pegang barang2 keperluan, nak pegang buku2 yg bakal dibeli lagi..

ala kulli hal, lebih kurang 10.30 pagi kami dah tiba d MAEPS serdang.. hehe... THE BIG BAD WOLF kembali lagi. sale buku omputih besar2n.. teruja betul mama. siap google kat internet dulu tau beberapa hari sebelum tu, saje nak tau pengalaman2 org yg dah sampai n shopping buku kat sini. semuanya kata best n nak dtg lagi n lagi.. siap ada yg pesan bawak beg n lain2 pesanan.


tgh q utk naik bas.. hari dlm sejarah abg tolhah sbb 1st time naik bas.

lama sangat dah mama tak shopping buku omputih..

actually nak kata mama ni ulat buku, rasanya mmg tak la..
hantu buku? mungkin ye... sebab mmg suka sgt kumpul buku biar pun koleksi buku sedia ada pun banyak yg belum dbaca lagi ni..huhu..

bila ada jualan mcm ni, dalam kepala dah plan mana nak tuju dulu.
semestinya la insyaAllah nak pegi bahagian2 ni :
1. craft
2. children
3. hobby/ aktiviti/ games
4. cooking... (cewah..cewah...kononnnn..)

yg utamanya mmg nak cari buku c r a f t  dan  g a m e s la..
nak carik idea utk wat 'modul' program anak2.
harap2 ada banyak la..

antara buku craft n aktiviti yg dibeli!! wpun buku bkenaan games tak dijumpai...still alhamdulillah..!

mmg kami anak-beranak rambang mata tgk buku2 kat sini... sedar x sedar lebih kurang 4 jam wei kat dlm dewan ni. anak2 ngan macam2 buku citer n colouring la. mama dpt jugak la buku2 impian yg dicari2 walaupun tak byk pilihan sgt.. yg pentingnya murah.
papa pun semangat jugak.. amik 2 buku cooking, hard cover tau!
 

Free gift - book mark lerrr...

buku2 yg sempat disambar! 37 buah buku HANYA rm248. sangat murah!
senarai buku2 mama :
1. masak - 5
2. motivasi - 2
3. craft n aktiviti - 8

selebihnya adalah buku anak2...
1. buku lat math - 1
2. kaler2 for gegel - 4
3. kalaer2  for boboi - 2
4. buku citer tolhah - 3
5. buku citer kakaks - 11
6. komik finding nemo - 1

anak2 mama bila sampai rumah tak lupa pada sepupu2 dorang.. alhamd..anak2 mama yg baik..
mahu berkongsi kegembiraan.

setelah 2 kakaks berbincang :
1 buku kaler (pooh) utk djah.
1 buku kaler (superman) utk ahmad.
1 buku citer (cars) utk syahid.
1 buku citer (dora) utk aisyah..

mudah2n shopping kali ni dinilai sbg ibadah n buku2 yg dibeli smuanya barokah..

No comments:

..taSbih KasiH..

kasih termeteri..

DaisypathAnniversary Years Ticker 1. Lilypie Kids birthday Ticker 2. Lilypie Kids Birthday tickers 3. Lilypie Third Birthday tickers 4. Lilypie Maternity tickers 5. Lilypie Maternity tickers


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com



Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com